Bismillahirahmanirahim.....
Gambar-gambar ini semua adalah hasil daripada program SPsK JPWP yang telah dilaksanakan pada April 2015.
Pengisian program ini sangat menarik disamping dapat membantu guru-guru mempelajari Terapi Seni untuk murid di sekolah, ianya memberi keseronokan kepada diri sendiri untuk menerokainya. Ianya seolah-olah kita berada di zaman kanak-kanak semula! Ditemani kertas lukisan dan krayon yang pelbagai warna....hiasilah ianya mengikut citarasa anda sendiri.
Lihat! Terdapat pelbagai bahan yang digunakan dalam terapi ini. Kita bukan sahaja boleh menggunakan warna malah tanah liat,, kertas tisu, permainan patung dan sebagainya boleh digunakan.
Terapi kasih sayang.....merupakan terapi urutan yang boleh memberikan kelegaan kepada kita. Boleh juga diaplikasikan bersama anak-anak dan pasangan di rumah.